Sketsa di hari raya

Sketsa raya : Pak cik / Mak cik hulur tangan? Kita nak buat apa?
Pernah tak alami keadaan ini? Mesti pernah kan? Tambah-tambah lagi waktu perayaan macam ni. Memang agak sukar untuk 'lari', pasti ada sahaja tangan yang terdahulu dihulur apabila berkunjung ke satu-satu rumah.
Bagi mereka yang faham, Alhamdulillah. Mereka tahu kenapa kita tidak menyambut huluran tangan untuk bersalam. Namun, bagi mereka yang kurang dan tidak faham, rasa bersalah menyusup di hati kita. Bimbang tindakan kita - tidak menyambut huluran tangan akan menjatuhkan air muka mereka. Lebih-lebih lagi pada mereka yang sebaya ibu ayah kita.
Maka, perlu bagi kita untuk bijak 'banyak' dalam menguruskan hal ini. 
Sebelum menghulur atau membalas huluran tangan ketika hendak bersalaman, perlu untuk kita tahu dan selidiki dahulu. Siapa yang boleh kita bersentuhan dengannya? Adakah dia mahram atau tidak kepada kita? Dalam hadis Rasulullah SAW, baginda bersabda yang berbunyi:-

"Bergerombolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan(secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahramnya." (Riwayat Ibnu Majah)

Justeru, siapa pula yang dikatakan golongan mahram kepada wanita? Hanya mereka yang Mahram sahaja yang diperbolehkan untuk melihat aurat sepertimana yang terkandung di dalam Al-Quran, surah An-Nur ayat 31. Mereka ialah:-
1. Suami
2. Bapa sendiri ( bapa kandung)
3. Bapa suami (bapa mertua)
4. Anak lelaki
5. Anak lelaki suaminya (anak tirinya atau anak isteri lain bagi suaminya sama ada isteri itu masih hidup atau telah bercerai atau meninggal) tetapi bukan anak dari bekas isteri suaminya dengan suami yang lain yang dikahwininya setelah bercerai dengan suaminya.
6. Saudara lelaki (adik atau abang seibu sebapa atau seibu sahaja atau sebapa sahaja).
7. Anak lelaki kepada saudara lelaki (anak saudara)
8. Anak lelaki kepada saudara perempuan (anak saudara)
9. Wanita Islam yang berakhlak.
10. Hamba lelaki yang mereka miliki
11. Pelayan lelaki (khadam) yang sudah tidak ada syahwat kepada wanita.
12. Kanak-kanak lelaki yang bukan mahram yang belum mengerti tentang aurat wanita (belum mumayyiz).
13. Anak lelaki susuan.
14. Bapa susuan.
15. Saudara susuan.
16. Bapa saudara sususan, datruk saudara susuan hingga ke atas, dan anaksaudara susuan hingga ke bawah.
17. Menantu lelaki.


2 comments:

Masmira Masri said...

wahh penah baca nih....ermm bagus2 bru leh keep remind org yer dak....done follow...jemput singgah n follow sini
http://myaleo.blogspot.com/2012/08/wedding-preparation-berinai.html

iamcikmisi said...

cikmisi datang melamar !~http://www.coretancikmisi.com/