Comelnya dia ! ❤


"Comelnya dia!" eh, ape yang comel tu myra?
Haa..nak tahu apa yang comel ?
tengok bawah ni jeng jeng jeng..





Tengok yang baju hijau tu ek? tu Mr.F myra 

tengok la , comel kan mamat yang pakai baju hijau tu kan ? HAHA
teka siapa ? dia tu la Mr.F myra . myra minat dia sangat sangat .
HAHA.Hamboi myra , gatai na .HAHA . ada aku kesahh ? melawak jer .
Dia ni senior mira , dia ambik kos syariah tapi dah sem 5 da . Tak lama lagi,
blah la dia dari KUIN . sob sob T^T
Nanti tak dapat dah nak tengok muka dia yang comel tu . 
" Ceh ! Perasan ~ "
HAHA . okay , nak dijadikan kesah , time 3/10/2012 , 
pada pukul 12 . 40 am , Mr.F call myra .
nak tahu sebab ape ? meh nak cerita .
myra dan qilah (kawan myra) , masuk satu bengkel ni ,
iaitu BENGKEL TEKNIKAL❤ . Dibuat oleh Mr.F myra ni.
Kemudian, dekat kolej ni kan banyak program , tapi dia tak ajak pun kitorang,
Kitorang pun terasa la wei . Sape yang terasa . Nak dijadikan cerita ,
malam tadi , qilah ada kelas malam, kebetulan Mr.F buat perjumpaan teknikal
tapi dia langsung tak inform kat kitorang . Myra pun sedih la .
Myra pun mesej dye .

Myra : Salam..nak tanye benda ni ..
Mr.F : Wslm... Apa dia ?
Myra : Em..takpe la , tak jadi , takde mood nak tanye..
Mr.F : Knp ? Nk tnye pn , kna ada mood gak ke?
Myra : Em..kitorang ada buat salah ke ? Mcm tak suka kitorang je .
Mr.F : Knp ni ? Tuju kat sape ? Kat ana ke ?
Myra : Kitorang ni memang menyusahkan ke ? 
Mr.F : Jap2... Korang tuju kat ana ke ? Bla masa plak korang susahkan 
ana ? N bla masa plak ana x sukakan korang ?
Myra : Em..tak faham ke ?


Lepas tu, Mr.F call myra , myra tak angkat.
tapi dalam hati ni tuhan je tahu betapa nak sangat angkat dye col ,
tapi ego beb! Then dia mesej myra 

Mr.F : Jwb ana kol...ana xfhm...

Mr.F : Kenapa ni ? ana tak faham la..
Myra : Em..tak faham ? takkan tak faham..
Mr.F : Cuba cakap terus terang , jangan risau, ana open
Myra : Okay, first ,kenapa bial jumpa,tak pernah nak senyum?
Mr.F : Oo..pasal tu ke ? sebenarnya ana ni rabun,tak nampak orang,
ramai dah yang cakap macam tu.sory,kadang kadang tak perasan.
Myra : oo..faham faham..sebenarnya, qilah ada nampak korang buat perjumpaan
teknikal, semua ada,kitorang je yang takde .
Mr.F : HAHAHA . korang sebenarnya silap faham ni,
perjumpaan tu untuk pesko, korang kan tak terlibat .

Rupa rupanya myra salah faham je . HAHA. tu la myra , tuduh bukan bukan ..
tak pasal pasal dapat malu dengan Mr.F.Then , kitorang berborrak lama sangat lebih kurang 10minit 45 saat. lama la tu kan ? Happy ^^

* sori , entry panjang 


Hello Kitty for my birthday



hye semua..tengok la..comell ttak?
HAHA
comell kan?
myra dapat hadiah hello kitty ni dari someone ..
cute sangat benda ni..
i love it..
thanks to you <3

15 Aktiviti Yang Membahayakan Wanita




1. Terlalu lama berdiri:
Merosakkan tulang.
Urat-urat sekitar kaki menjadi kembang.
Liang faraj sentiasa basah.

2. Terlalu lama duduk
Merosakkan lipatan daging.
Akan mudah dihinggapi penyakit tua.
Tubuh badan menjadi kendur

3. Terlalu lama berjalan
Merosakkan urat.
Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menetu masanya

4. Terlalu lama melihat
Merosakkan darah.
Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaan

5. Terlalu banyak tidur
Merosakkan tenaga.
Menjadi pemalas. Jauh jodoh.
Selalu berangan-angan.
Urat-urat disekitar rahim menjadi tidak kuat.
Mudah dijangkiti kemandulan.

6. Terlalu riang/gembira
Merosakkan usus
Mudah dijangkiti keputihan pada liang faraj.

7. Terlalu kerap marah
Merosakkan hati.
Cepat kelihatan tua.

8. Terlalu banyak berfikir
Merosakkan limpa
Kulit muka cepat berkedut
Haid tidak menentu
Kerap mengalami sentakan kaki atau tangan semasa tidur.
Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.

9. Terlalu banyak bersedih
Merosakkan jantung.

10. Terlalu merana
Merosakkan paru-paru.


11. Terlalu takut
Merosakkan ginjal.
Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

12. Terlalu kerap terkejut
Merosakkan pundi hempedu.
Gejala pening kepala kerap dialami.
Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang terlebih.

13. Terlalu banyak makan
Merosakkan pencernaan.
Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk.
Liang faraj kurang bersih (semakin banyak ‘ragam’ lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang faraj).

14. Terlalu minum minuman berais
Merosakkan otot dan lambung.
Badan dan payudara menjadi lembik.
Berat badan meningkat.
Mudah diserang penyakit dan kelihatan awet muda.

15. Terlalu banyak masa lapang
Merosakkan fikiran.
Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dengan aktiviti hidup yang positif.

 

Kawaii Land



annyeong guys..

kawaii land ? ape tu?

haa..ni tumblr,kalau korang nak cari mej yang comel comel ,

cari je kat sini..

sambil sambil tu, follow la tumblr myra jugakk ekk?

thanks <3 

http://creambunnys.tumblr.com/
annyeong!
haapy birthday to me

tepat jam 12.00 am,cik myra telah berumur 19 tahun..wahh..dah tua da myra ni..
thanx to my beloved BFF , orang first yang wish bufday mira..
kebetulan,abg wan pun birthday sama ngan myra..
happy birthday to abang wan..
semoga panjang umur dan murah rezeki dan terus jadi blogger famous..
plus,doodle abang wan so cute..nak belajar,tapi x reti reti..huhu

Tambah follower by khairunnisa




Followers-> 14
jumlah followers yng diidamkan --> 1000 hehe


Sketsa di hari raya

Sketsa raya : Pak cik / Mak cik hulur tangan? Kita nak buat apa?
Pernah tak alami keadaan ini? Mesti pernah kan? Tambah-tambah lagi waktu perayaan macam ni. Memang agak sukar untuk 'lari', pasti ada sahaja tangan yang terdahulu dihulur apabila berkunjung ke satu-satu rumah.
Bagi mereka yang faham, Alhamdulillah. Mereka tahu kenapa kita tidak menyambut huluran tangan untuk bersalam. Namun, bagi mereka yang kurang dan tidak faham, rasa bersalah menyusup di hati kita. Bimbang tindakan kita - tidak menyambut huluran tangan akan menjatuhkan air muka mereka. Lebih-lebih lagi pada mereka yang sebaya ibu ayah kita.
Maka, perlu bagi kita untuk bijak 'banyak' dalam menguruskan hal ini. 
Sebelum menghulur atau membalas huluran tangan ketika hendak bersalaman, perlu untuk kita tahu dan selidiki dahulu. Siapa yang boleh kita bersentuhan dengannya? Adakah dia mahram atau tidak kepada kita? Dalam hadis Rasulullah SAW, baginda bersabda yang berbunyi:-

"Bergerombolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan(secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahramnya." (Riwayat Ibnu Majah)

Justeru, siapa pula yang dikatakan golongan mahram kepada wanita? Hanya mereka yang Mahram sahaja yang diperbolehkan untuk melihat aurat sepertimana yang terkandung di dalam Al-Quran, surah An-Nur ayat 31. Mereka ialah:-
1. Suami
2. Bapa sendiri ( bapa kandung)
3. Bapa suami (bapa mertua)
4. Anak lelaki
5. Anak lelaki suaminya (anak tirinya atau anak isteri lain bagi suaminya sama ada isteri itu masih hidup atau telah bercerai atau meninggal) tetapi bukan anak dari bekas isteri suaminya dengan suami yang lain yang dikahwininya setelah bercerai dengan suaminya.
6. Saudara lelaki (adik atau abang seibu sebapa atau seibu sahaja atau sebapa sahaja).
7. Anak lelaki kepada saudara lelaki (anak saudara)
8. Anak lelaki kepada saudara perempuan (anak saudara)
9. Wanita Islam yang berakhlak.
10. Hamba lelaki yang mereka miliki
11. Pelayan lelaki (khadam) yang sudah tidak ada syahwat kepada wanita.
12. Kanak-kanak lelaki yang bukan mahram yang belum mengerti tentang aurat wanita (belum mumayyiz).
13. Anak lelaki susuan.
14. Bapa susuan.
15. Saudara susuan.
16. Bapa saudara sususan, datruk saudara susuan hingga ke atas, dan anaksaudara susuan hingga ke bawah.
17. Menantu lelaki.